Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, October 13, 2017

Enjoy @ Mini Carnival Didi and Friends , Kuantan City Mall

Semalam kami ke sini
Gigih aku bawa kids ke sini malam tadi jugak.. first day opening Kuantan City Mall tu
Sebabnya.. aku expect, kalau gi weekend ni mesti penuh orang.. aku memang tak suka gi ramai-ramai.. pening.. dengan nak jaga anak anak anak anak anak lagi.. hahh sampai 5 kali aku tulis anak

Sebenarnya.. unplanned pun ni..
Semalam aku nampak kat fb, orang duk share pasal karnival ni
Bermula semalam, Khamis 12 Oktober - Ahad 15 Oktober
Memandangkan Sabtu ni aku kerja, then kalau nak g tengok belah petang or malam.. memang tak laa kan.. mesti ramai giler orang..
So, kul 4 lebih semalam.. terus confirm dengan hubby.. kita bawa kids gi malam ni jugak.. gitu.. ha ha!

So, here we are
Enjoy sungguh budak-budak!
Sebenarnya mak pak budak pun semua enjoy!
Yang penting.. percuma .. yeaaa mana nak dapat free sekarang kan!

Tengok, kami dapat seat depan stage.
Depannnn sekali.
Tengok Ilman tu.. tak beralih tempat duduk dia tu..
Sib baik Nana tak terpijak tangan dia.. maklumlah.. bukannya nampak kat bawah Nana tu kan.
Layan gambar dulu ok










Kami sampai sini pukul 7, Alhamdulillah senang dapat parking..(baca doa parking maa hihi!) parking kat luar mall, tapi betul-betul depan mall je.. Kalau parking kat dalam mall, aku rasa mau penuh, jemm.. lambat nak beratur keluar masuk nanti.

Masuk mall je, orang tak ramai lagi..Terus cari surau. Tingkat 5 katanya.. So cari lif..takkan nak naik tangga kan. Tapi.. semua lif penuh. Buka pintu lif je penuh.. Alamak. kena tukar plan B.

Jom cari tangga ke ground floor, kita naik lif dari ground floor, confirm boleh naik. Tapi.. cari punya cari tak jumpa. Yang jumpa escalator ke level 1 je.. Tukar plan B.. kita naik escalator je lah sampai level 5 ok.. ok lah kan.. bukan naik tangga pun. 
Escalator Level G - ok
Tapi.. escalator level 1 - tak function, so menapak la kitorang beramai-ramai ke atas
Escalator level 2 - ok
Sampai je level 3, takde dah escalator.. alahai.. pusing lagi cari escalator lain
then.. jumpalah escalator level 3 ni.. huu.. dah letih dah ni
so, naik escalator level 3
Sampai je level 4, tengok ramainya orang beratur, buat apa ni? 
Semua nak beratur ambik wuduk ke ? dasyatnya...!! (dalam hati aku la kan.. kih kih..)
Tapi.. ha ha.. jauh panggang dari api tanggapan aku tu,, kelakar tul
Rupanya depa beratur...sebab nak masuk free screening ! Free tengok wayang!
Adeh... tak tau lah aku.. kecewa pun ada rasanya.. 

Then kami teruskan je lah naik escalator level 4 menuju ke level 5
Then.. meronda cari surau.. level 4 ni, level parking rupanya
Cari- cari, pusing sana pusing sini, tanya staf, tapi panduan salah rupanya.. maklumlah tempat baru.. dia pun tak berapa tau
tapi takpe.. akhirnya.. jumpala.. besar dan selesa suraunya
Aku banyangkan suraunya mesti penuh..
sepenuh lif yang orang duk naik tu
lagipun surau ECM dan Kuantan Parade memang selalunya penuh kalau maghrib ni.. 
Tapi.. alahai.. boleh kira berapa orang yang solat..
Jomlah adik-adik.. solat dulu
Maghrib kejap je waktunya
Sedih aku tengok tau

Sudah solat, terus cari lif,, tapi macam tadilah.. lif penuh.
So, buat plan D, naik ke atas dulu..
hehe.. yess berjaya!
Naik ke atas, then baru turun ke bawah...
Hi hi hi.. terpaksalah kan..
Tapi.. kan.. sampai level 1, lif terbuka, ada orang keluar, then tutup
Pastu, macam tersangkut,,, ala.. turun then stop, terasa macam tergantung je lif.. berdebar jugak .. tapi positif! semua diam. Masa ni lif penuh. Pastu pintu lif terbuka.. rupanya MashaAllah, betullah lif tu tersangkut. Lif tu dalam keadaan 1/5 tersangkut.. Allah, terus kami beramai-ramai keluar lif.. Berdebar betul..

Then, terus cari escalator tuju ke level bawah
Then, taraaa.. tempat tepan stage masih kosong.. masa tu baru pukul 7.45 camtu. Kami pun terus duduk cop tempat. Dalam pukul 8 camtu, DJ dah start acara.. ada nyanyi-nyanyi, bagi hadiah dan macam-macam.. Memang best!! Happy betul budak-budak! Aku pun happy hi hi hi!
Then, pukul 8.30 barulah Didi, Nana dan Jojo keluar... wah masa ni lagilah happening!! Nyanyi lagi beramai-ramai dengan Didi ni..dalam 15 minit jugak nyanyi
Then, sesi bergambar dengan diorang.. 
lepas tu kami terus balik. Tak sanggup eh, nak window shopping bagai .. orang ramai giler.

Ni tentative mini carnival Didi
Kami join karnival dari pukul 7.45 hingga 8.45 malam..
Memang enjoyyyy!!

Slot kejutan bersama Didi tu apa? Owh.. sila bawa My Kids anak ye.. Anak yang lahir bulan 10 akan ada kejutan untuk mereka.. Aku tertinggal My kid budak kembar dua orang ni.. Amna dan Durrah. Diorang lahir tarikh yang sama, 20 Oktober, cuma tahun yang berbeza. Hmmm.. Tu lah., unplanned kan.. tetiba jer nak datang.. so, bawak benda yang penting jer. Takpe lah nak... chewah.. yang penting kita happy tengoh Didi and friends kan! Horaa Horeyyy!! Memang niat aku bawa diorang datang pun cuma nak bergembira dengan Didi jer .. anggap jer lah takde rezeki untuk kita. Kita dah dapat rezeki duduk seat vvip kat depaaan sekali kan.. Tu pun rezeki jugak tak perlu berdiri bersesak-sesak dengan orang lain bagai. Kita  bagi peluang tu untuk orang lain peluang ok :)

Overall, 5 stars untuk mini carnival ni..!!
Jomlah datang beramai-ramai bawa anak-anak!



Video-video aku letak kat facebook.. tak lepas kat sini.. sili klick di sini 


Nasihat aku untuk mereka yang nak datang sini, solat siap-siap kat luar. Ada Masjid Hentian Putra kat depan mall ni. Atau boleh je solat kat mana-mana masjid lain kan.

Thank you Caliph Kids Supplement yang sponsor mini carnival!!
Memang best!!



Friday, October 6, 2017

Minggu Peperiksaan Akhir

Bismillahirrahmanirrahim

Tak tau nak mula kat mana
lesu.. lemah .. tak bersemangat dah rasanya
kata orang .. lemau sudah :(

Minggu yang sibuk
Minggu depan student akan mula sit for final exam
Minggu ni minggu ulangkaji or study week
Study week biasanya masa untuk student buat revision sendiri
Masa untuk lecturer benarkan student study sendiri, tak paham meh datang discuss

Tapi.. tidak bagi sesetengah lecturer
Ada student yang suka buat revision dengan lecturer..
Madam.. soalan ni camne?.. betul tak jawapan saya ni? Camne nak score markah kat soalan ni?
Ok lah.. kita tolonglah apa yang patut..
Biasanya aku buat Pre-Final Exam untuk diorang
Set masa, then jawab macam final exam

So, Rabu buat pre final,
35 students datang out of 49 ... frust jugak tak semua datang!
2 jam setengah jawab.
Pastu terus marking..
Khamis bincang!

Resultnyaa..
Ada 2 pelajar dapat markah 90% ke atas! WOW Student ni memang Excellent!
Ada 6 pelajar dapat markah 80% hingga 89%! Yang ni pun memang hebat!
Bagus-bagus..!! Happy aku walau penat giler tanda kertas.. ye lah dalam masa less 24 jam tu aku siapkan
Tapi takpe.. rasa berbaloi-baloi jer..
Student pun sengih-sengih happy!
Hopefully dapat buat  dan score markah yang lebih baik atau hampir sama masa final nanti tau!

Aku siap pesan.. yang dapat A+ dan A saje dapat hadiah kali ni tau!
A- takde hadiah!
Ha ha
dan aku siap pesan..
Student diploma in accounting kena dapat A paper accounting!! Kalau tak dapat, apalah maknanya jadi student accounts kan..? Haaa.. bagi diorang physco sikit

Tapi.. tak semualah excellent.. Ada yang average 50%, 60% dan macam-macam.
Yang fail pun ada.. so cuma boleh bagi kata semangat, bagitau berapa markah kena score untuk final exam, topik mana kena score dan lain-lain

Penat tapi hasilnya pasti berbaloi!
Tu pesan aku kat diorang..

Hopefully semuanya beroleh kejayaan cemerlang dan dapat membanggakan ibu-bapa dan keluarga tercinta!

Insha Allah!

Do your best my dear students!

Friday, September 29, 2017

Roti jala

sumber google

Semalam singgah kedai untuk beli breakfast.
Macam biasa aku beli kuih muih je.. jarang sangat sekarang beli makanan berat macam nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang.. 
Kedai ni pun memang best.. dah lama aku tak pergi, rasanya lebih setahun
Hari sebelum tu aku dah singgah .. intai kuih.. wah ada cream puff, cekodok, karipap, tepung kapur... nyummm semua feveret.. tapi aku cuma beli cream puff singgit, karipap singgit dan cekodok singgit.. cukuplah.. kenyang sampai tengahari..
So semalam aku pergi lagi sekali.. hajatnya nak beli cream puff lagi, tapi dah habis.. hmmmm terus rasa , ok takpe, weekend ni nak try buat sendiri chewahhhh kann!

Pastu nampak roti jala.. wah sedapnyer!
tapi terus terpanjat bila tengok harga
mak aiii.. RM2.50 biji untuk 5 biji!
Rasanya ..biasanya harga dalam 5 biji untuk RM2.00 kan!
Tapi kali ni 5 biji RM2.50.. mula tu aku kata (dalam hati la kan..) owh dah naik harga eh sekarang..
tapi bila tengok rupa roti jalanya..
mak aih.. kurus yang amat.!.cekeding jer !
haih.. sangat tak patut rasenya
kalau gemuk-gemuk tu aku boleh considerlah kan rege dia RM2.50 tu
hai laa... kalau beli untuk anak-anak aku.. sangatla tak berbaloi rasanya
sebab.. budak-budak tu bukan makan kuah gulai pun
diorang makan roti jala tu jer.. 
so, dah rugi kuah tu beli mahal-mahal 
lagipun, biasanya kedai dah siap packing 5 - RM2.50
mana boleh nak beli roti jala aja tapi tak nak kuah.. adeh.. maroh orang nanti

Sebenarnya dah lama aku tak beli roti jala kat mana-mana kedai ni.. biasanya memang aku tebar jala sendiri jer .. hihi.. sebab anak ramai kan.. puas hati ! tebar jer habis.. tebar lagi habis.. hihi alhamdulillah

So semalam terus buat
cicah dengan sambal ikan bilis

Macam biasa la.. ikut resepi azie kitchen ni
tq puan.. resepi puan memang sedap dan mudah nak buat
kali ni buat 2 acuan terus.. 
haa.. tak sempat nak snap gambar..
terus licin semalam 2 pinggan penuh aku tebar.
hubby buat sambal 

Hmm.. ekonomi sekarang kadang sangat membebankan
Kekadang masak sendiri jer semua
contoh spagethi.. 
kalau 4 orang makan kat kedai
RM12 x 4 - RM48
belum masuk air lagi
kopak jugalah kan
walhal buat sendiri baru berapa je modalnyakan

Macam modal roti jala semalam
gandum sekilo pun tak habis.. 
let say setengah kilo tepung- baru RM1.++
telur 2 biji katakan 60 sen
bahan lain pewarna, garam secubit, minyak 4 sudu..
alahai kos tak sampai 5 ringgit pun
dapat lebih 50 keping roti jala yang gemuk-gemuk

Alhamdulillah.. masih mampu masak tiap hari balik kerja
kadang makan berat, kadang masak simple2 je
jadilah.. asalkan dapat alas perut anak-anakkan

Bersyukur selalu seadanya


Wednesday, September 20, 2017

Main masak-masak


Assalamualaikum 
Lamanya tak update blog.. tengok busu update blog cite kuih tart sedap dia tu.. hmmm terus nak update jugak sekadar untuk kenangan main masak-masak dengan addinies.. bukan nak berlumba dengan busu hi hi..

Ni mini vanilaa muffin with raising and chocolate rice
sekali ngap 14 biji yaya makan.. mak aii berbaloi sungguh rasa buat..
(tak kisahla sedap ke tak kan.. ha ha)

Hari yang sama jugak.. buat pizza..
Dough semua hasya yang buat.. ala.. prepare je bahan.. masuk dalam bread maker jer kan.. senang ajer
aku cuma tolong tengok-tengok je
doh bulat tu aku buat.. topping semua hasya buat.. 
pun senang aje..
sapu pasta puri, letak cheese, crab stick potong,  capsicum, mushroom.. tadaaaa dah siap, aku tolong bakar!

ni masa proses nak bakar.. 


ni cerita lama.. lepas 2-3 minggu lepas dah.. buat biskut chocolate chip 

yang dah siap bakar tak sempat ambik gambar.. 

Ni lah egg tart kami cik su.. sama lah.. sarang tu beli aje.. nanti kita belajar buat sarang pulak
boleh la kan.. untuk makan sendiri je  

ni pulak cornflake.. time pose haritu

ni lidah kucing namanya.. haha..  bolehla.. takde sarang.. aku buat gini je 




Hmm... okla nak gi kelas dah.. 

banyak benda nak tulis kat blog.. kut lupa esok2
banyak kenangan indah

kisah hasya upsr
kisah hasya belajar masak
kisah bercuti bersama bonda
kisah raya korban

dan 
kisah tragis tragedi tahfiz yang amat pedih itu

ok jumpa lagi 





Monday, July 31, 2017

Motivasi diri dalaman


Prof Muhaya, 31 Julai 2017, 7.30 am

Kita perlu tingkatkan motivasi diri dalaman berbanding motivasi diri luaran

Motivasi diri luaran:
Mengejar duniawi sahaja
Nak cantik, nak berjaya, nak naik pangkat, nak gaji besar dan sebagainya

Sebaliknya motivasi diri dalaman yang sangat indah ada 3:

1. Menjaga adab dan akhlak
Kita hendahlah sentiasa berfikir atau tetapkan dalam diri agar sentiasa menjadi yang lebih baik pada setiap hari.
Lebih penyayang, lebih baik, lebih pemurah, lebih pemaaf
lebih berilmu, lebih beramal, lebih beriman dan lebih baik dari sebelumnya

2. Mengeratkan silaturrahim
Apabila kita dah jaga akhlak dan jaga adab, inshaAllah..kita juga akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim malah dapat menjalin silaturrahim yang lebih baik.. InshaAllah kita akan rasa  lebih disayangi dan hidup akan sentiasa tenang

3. Manfaatkan kebaikan kepada orang lain
Sentiasalah membantu orang lain. Jangan utamakan diri sendiri..Kebaikan yang disalurkan pada orang lain InshaAllah juga akan bermanfaat pada diri sendiri

Hmmm.. penulisanku tidaklah seindah butir bicara prof yang sangat halus percakapanya, tersusun indah tanpa mengguris hati sesiapa pun.

Tapi moga yang aku sampaikan ini, menjadi peringatan untuk diriku sendiri..
Moga ia akan menjadi motivasi diriku agar menjadi yang lebih baik dari sebelumnya

Sempena 40 tahun sudah aku dilahirkan
Sempena mengingati.. aku  cuba menanyakan padanya.. tapi tak mampu aku untuk bertanya

Macamana ye.. 40 tahun dulu.. bonda melahirkanku
dari satu rahim yang sama.. bergaduh bersama di dalam rahimnya.. akhirnya kami dilahirkan
Susah payah bonda membawa kami ke mana-mana selama 9 bulan 10 hari..
Akhinya dengan perasaan yang sangat gembira, bonda, arwah abah dan arwah wan.. menyambut kelahiran kami
Camna ye.. mereka-mereka yang hebat ni menjaga kami berdua yang serentak menangis, serentak nak susu, serentak nak didodoikan..
Mesti mereka sangat penat
Mesti mereka sangat gembira menerima kedatangan kami walau penat tak terkata
Memang tiada gambar sebagai bukti
Tak perlu itu semua
Aku tahu.. kami disayangi sepenuhnya, kami ditimang-timang sayang sentiasa,
merekalah yang mendukungku tiap masa,
merekalah yang mendodoikan tidurku
merekalah yang menjaga makan minumku
merekalah yang mendidikku .. mengajarku mengaji, menghantarku ke sekolah
merekalah yang mengajarku segalanya

Tulis memang senang
Tapi sungguh tak terbalas budi baik mereka
hanya beribu doa yang mampu ku tiup dan kuhadiah pada abah, ma dan wan tiap masa..

Terima kasih kesayanganku .. yang tiap masa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku
Terima kasih ma, abah, wan..
Tak lupa masa tu, arwah kak tina dan abang atan ku jua..

Al fatihah untuk kesayanganku tiap detik dan masa


Thursday, July 27, 2017

Resepi mini pizza guna bread maker

Sekarang ni ada hobi baru..
Late night baking konon-konon.. haha

Tarraaaa!! 
Inilah hasilnya semalam.. untuk makan sendiri kannn.. bolehla
Pizza 
Mini pizza

Trima kasih puan atas perkongsian..

Kul 9.30 baru bread maker siap uli doh. Then barulah aku start keje menguli pakai tangan pulak

Mula-mula buat bulat-bulat, then lenyek ikut tebal yang kita nak

Dah siap uli.. macam-macam saiz ada kan..hihi

Pastu biarkan dalam 30 minit supaya doh tu kembang naik semula.

Tengok.. dah naik kan.. ni aku biar 40 minit

Pastu sapu tomato puri..or sos spagheti or sos pasta

Pastu letak cheese dulu sikit.
Then baru letak topping.
Aku buat 2 topping. 

1. Guna daging kisar.. goreng dulu dengan bawang potong dadu & serbuk kari. Pastu tabur capsicum & cendawan butang sekali

2. Crab stick + cendawan butang + lada benggala

Dah siap letak topping, barulah tabur semula cheese cheddar & mozarella

Lenkali kena tabur cheese banyak lagi.. sebab rasanya dah banyak letak cheese, tapi bila dah masak, nampak sikit je rupanya cheese tu. 

Hari ni semua bawa bekal homemade pizza.

Nyummm
Jemputlah datang.. rasa sama-sama k.


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini